MyLAPApps

您所在的位置:网站首页 my english lap MyLAPApps

MyLAPApps

2023-01-19 22:03| 来源: 网络整理| 查看: 265

Pelanggan Yang Dihargai,

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (“APDP”) APDP telah dikuatkuasakan pada 15 November 2013 untuk mengawalselia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Notis ini dikeluarkan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda sedang dan/atau telah diproses oleh Lembaga Air Perak (LAP) bagi tujuan pembekalan air.

JENIS-JENIS DATA PERIBADI LAP akan memproses data peribadi yang telah dan/atau akan diberikan oleh anda, seperti Nama / Nama Syarikat / No. Kad Pengenalan / No. Paspot / No. Syarikat / Alamat / Email / No. Telefon / No. Faksimili / Warganegara dan/atau yang diperolehi dari dokumen yang yang diberikan kepada LAP termasuk tetapi tidak terhad kepada Borang Permohonan Bekalan Air Baru LAP.BP 1/99, Perjanjian Jual Beli, Perjanjian Sewaan, Dokumen Tender dan Sebutharga dan Sistem Pengebilan Air.

TUJUAN PEMPROSESAN LAP akan memproses data peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut: ⚬ Menyediakan perkhidmatan pembekalan air; ⚬ Operasi dan penyelenggaraan perkhidmatan air; ⚬ Pembayaran bil-bil air, kutipan tunggakan bil-bil air dan yang berkaitan; ⚬ Pentadbiran; ⚬ Pengendalian dan pemadanan pengkalan data peribadi dan proses-proses yang berkaitan; dan ⚬ Membuat apa-apa perkara lain bagi menjalankan fungsi-fungsinya selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkaitan.

Maklumat anda adalah diperlukan oleh LAP. Jika anda tidak memberikan maklumat seperti yang dimohon, LAP tidak berupaya untuk memproses permohonan anda dan ini akan menjejaskan keupayaan LAP untuk menyempurnakan tujuan-tujuan yang dinyatakan diatas.

PENZAHIRAN Data peribadi anda akan dizahirkan kepada pihak berikut bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas:- ⚬ Ejen-ejen dan penyedia perkhidmatan LAP yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan tujuan dan data peribadi tersebut dikumpul; ⚬ Juru audit, firma guaman, bank, perunding atau entiti-entiti professional yang dilantik oleh LAP; ⚬ Operator-operator air dan Operator –operator pembentungan; ⚬ Jika dikehendaki oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undangdanuntukmelindungi serta membela hak-hak atau harta LAP; dan Sesiapa yang berada dibawah kewajipan kerahsiaan yang telah menjanjikan akan menyimpan data tersebut sebagai sulit;

Mana-mana pihak yang berkaitan dengan mana-mana tujuan yang dinyatakan di atas atau mana-mana tujuan lain yang yang berkaitan dengan tujuan tersebut.

AKSES, PEMBETULAN DAN ADUAN Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau permohonan untuk mengakses, membetulkan (tertakluk kepada yuran dan peruntukan PDPA) atau menghadkan pemprosesan data peribadi anda, anda boleh menghubungi Pegawai Pematuhan Perlindungan Data LAP dari hari Isnin hingga Jumaat/8pagi hingga 5ptg (kecuali cuti am dan umum), atau menulis ke alamat dan melalui email seperti berikut:-

Encik Rosenijan Bin Jalil Pegawai Pematuhan Perlindungan Peribadi Bahagian Kewangan dan Akaun Lembaga Air Perak Jalan St. John, 30200 Ipoh, Perak. No. Tel/fax : 05-2551155/05-2559644 Emel : [email protected]

[Sekiranya terdapat konflik di antara Notis Perlindungan Data Peribadi versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris , versi Bahasa Inggeris hendaklah terpakai.]



【本文地址】


今日新闻


推荐新闻


CopyRight 2018-2019 办公设备维修网 版权所有 豫ICP备15022753号-3